PENGAMBILAN PELAJAR BARU
MAHSA UNVERSITY

DIPLOMA & IJAZAH

LANCARKAN IMPIAN ANDA

Perunding Akademik

Perkhidmatan Kaunseling Dan Perunding Akademik

Mahsa Intake menyediakan perkhidmatan kaunseling dan perundingan akademik kepada yang memerlukan. Perkhidmatan ini disediakan 7 hari seminggu secara atas talian mahupun luar talian. Kami merealisasikan impian pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi atau A-Level untuk sambung belajar peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA yang terkesan dengan cabaran industri abad ke-21.

En Am Sudi Mendengar

En Am, seorang kaunselor dan perunding akademik yang berwibawa. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perundingan akademik selama 9 tahun mengenai MAHSA University dan Lain-lain Universiti. Dalam tempoh tersebut, banyak perkara yang dipelajari dan difahami. Luas pandangan serta pengalaman beliau tentang hal-hal berkaitan dengan universiti dalam menangani masalah pelajar.

En Am adalah seorang yang disenangi dan mudah berinteraksi. Tidak kira masa mahupun tenaga, apatah lagi jarak umur dan keperluan. Beliau petah dan arif tentang hal-hal yang berkaitan dengan permohonan biasiswa dan pinjaman pelajaran yang merupakan punca utama penyebab pelajar mudah tercicir dari pengajian.

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian boleh mendapatkan khidmat perundingan akademik daripada beliau kerana:

  • perkhidmatan perundingan akademik disediakan 7 hari dalam seminggu
  • menawarkan perkhidmatan perundingan akademik yang profesional dan fleksibel sama ada secara bersemuka, secara atas talian mahupun luar talian
  • menetap di Subang Jaya; mudah untuk pelajar berjumpa dengan perunding akademik
  • arif tentang perkara berkaitan dengan permohonan biasiswa dan pinjaman pelajaran
En Am Sudi

Mengenai MAHSA University

Malaysian Allied Health Sciences Academy atau lebih dikenali dengan nama singkatannya, MAHSA, ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Profesor Tan Sri Dr. Hj. Mohamed Haniffa bertujuan melahirkan gagasan akademik cemerlang di Asia Tenggara. Jika dahulunya, MAHSA University menawarkan kursus-kursus yang lebih kepada aliran perubatan dan sains kesihatan, namun kini tidak lagi.

Dengan pengiktirafan yang diperoleh baru-baru ini dari MQA, MAHSA University mengambil langkah memperluaskan pembelajaran atas talian dan pembelajaran sepanjang hayat. Ini selaras dengan pelan transformasi kerajaan abad ke-21 yang prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar yang terkesan dengan cabaran bagi berdaya saing dalam sektor pekerjaan masa kini.

FIS facility
FIS facility Level 7
Pool 1
Pool 1
faculty-engineering
grad-cap

Fokus Utama MAHSA University

MAHSA University mengambil iktibar membantu pelajar meneruskan kelangsungan menuntut ilmu dengan menyediakan platform untuk mempersiapkan dan melengkapkan pelajar supaya memiliki nilai kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan yang tinggi. Hal ini tampil sebagai fokus utama MAHSA University dalam mencapai aspirasi membina tenaga kerja yang mahir untuk masa depan. MOU yang dimeterai bersama Pratistha Industry Limited pada 21 September 2021 merupakan usahasama akademik-industri yang dapat merealisasikan kebolehpasaran dan kebolehdapatan dengan pelbagai pengetahuan, set kemahiran, pendedahan serta kebijaksanaan yang diperlukan.

MAHSA University juga menitikberatkan pemilihan tenaga pengajar serta kursus-kursus yang ditawarkan supaya sejajar dengan tujuan dan sealiran dengan pelan transformasi kerajaan. Ini amat penting untuk menjadikan MAHSA University relevan dan dirujuk oleh masyarakat, sekaligus menjadi tanda aras oleh universiti yang lain.

*UPU? ANDA TIDAK DITAWARKAN OLEH UPU?*

*JOM SERTAI KAMI SEKARANG..PROMOSI HEBAT*

*PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAHSA UNIVERSITY BAGI DIPLOMA, IJAZAH dan FOUNDATION*

En Am Sudi Membantu

Peluang untuk saya sambung belajar di Universiti dalam Malaysia lebih mudah kerana dibantu oleh Encik Am untuk memberikan Perundingan Akademik secara PERCUMA bagi saya memilih kursus yang saya layak serta minat” Saya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berhadapan dengan cabaran untuk memilih kos yang layak serta minat, mujur ada Encik Am untuk membantu saya memberikan pilihan kursus yang layak dan boleh mendapat pinjaman pelajaran yang bersesuaian dengan kelayakan saya

Kamarul

Terima kasih Encik Am kerana membantu saya untuk membuat pilihan kursus yang saya layak dalam Diploma. Saya rasa agak pening untuk memilih kos yang saya minat kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya kurang memuaskan. Walaupun dapat keputusan kurang memuaskan Alhamdullillah rezeki saya boleh sambung belajar berkat nasihat dan tunjuk ajar oleh Encik Am. Saya dapat E-Book PERCUMA Teknik Belajar dari Encik Am bagi memperbaiki lagi teknik belajar saya di universiti

Hartini

Saya menghadapi dilema untuk menghantar anak saya belajar di Universiti dalam Malaysia. Bagus Encik Am membantu saya bagi memberikan pilihan terbaik untuk saya dan anak saya memilih kursus Ijazah yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat anak saya. Alhamdulillah.. Sekarang Anak saya telah berjaya mengikuti bidang Perubatan di MAHSA University

Puan Rokiah

Saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Am kerana telah berjaya membantu anak saya untuk mendapatkan tempat pengajian bagi bidang yang anak saya minati dengan cepat dan mudah. Alhamdullillah sekarang anak saya sedang belajar Ijazah di Universiti dalam Malaysia

Encik Ahmad

Program Penajaan Pengajian Tertiari

Mara dan MAHSA University

Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat. Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.

girl-student

Hubungi Saya

En Am
(Kaunselor dan Perunding Akademik)

Sila isikan SEMUA maklumat yang diperlukan bagi memudahkan anda mendapat SURAT TAWARAN SEGERA dan PINJAMAN PELAJARAN untuk kursus yang anda INGINKAN di MAHSA University.

Sila MOHON Segera Untuk Dapatkan E-Book PERCUMA Teknik belajar di Universiti.

    Nama: NomborKad Pengenalan: No. Telefon: Email: Kursus Yang Di Pohon: Keputusan Penuh Mengikuti Subjek SPM: Keputusan Penuh Mengikut Subjek STPM /MATRIKULASI (POINTER/CGPA)/A-Level / DIPLOMA (NAMA JURUSAN DAN POINTER/CGPA): Alamat Rumah: